Jiran-Jiran Mak Long Cyber

Mak Long Cyber Bergeng Dengan...

BloggerMelayu.com

Blog Kita

BlogMalaysia.com

Saturday, February 27, 2010

Oh Nokiah Expresso Muzika Mak Long Dah Orait!

Alhamdulillah. Memori card enset Mak Long dah ok. Sukanya hati. Memang la, baru putus nyawa, tersambung balik, lepas dah ok. Sebelum ni, Mak Long nak post beberapa gambar Mak Long. Biar la terlambat sikit pun, Mak Long nak kongsi jugak. :P



Nak kongsi gambar anak ayam je? Hampeh! haha.

Anak ayam ni hilang ibu. Ibu dia tinggal sebab dia lembab sangat. Apa yang kita leh belajar dari ni? Cuba fikir. 

- Jangan jadi anak yang lembab, nanti ibu tak ngaku anak.

Haha. Bukanlah. Hanya binatang yang tak de akal, yang tinggalkan anak sesuka hati macam ni, tak sayang anak dan sesuka hati buang anak macam ni. Hanya binatang. Kalau manusia yang ADA AKAL buat macam ni, taraf pemikiran sama je macam binatang yang tak de akal. Itu pandangan Mak Long la. Pandangan kamu macam mana?




Ni la tukang jaga and bela ayam tu. Dia kazen Pak Long. Panggil Yana. Yana jaga anak ayam ni macam jaga anak manusia. Huish, duk peluk sepanjang masa, bawak gi situ, gi sini. Tapi, anak ayam ni dah mati dah. Yana jerit, "Mok...! Tengok ni. Arwoh doh ni...!" Muka dia cam sedih je anak ayam dah mati. Belum sempat wat surat beranak. Tak de nama lagi.


Ingat tak Mak Long cakap yang Mak Long akan tunjukkan muka Senor? Sebelum ni, Mak Long baru tunjuk gambar kepala dogol dia kan? Haa, ni la Senor. Bukan yang pakai tudung. Itu Mak Long la. Yang budak pakai seluar sekolah menengah tuuu... Kuat kutuk and kenakan orang ni.

Mak Long ada gak gi mandi kat Pantai Kemasik ari tu. Mak Long, Pak Long and Yana. Seronok beb.




Lor, ingat batu pantai pakai baju merah. Rupanya Pak Long. Cerah sangat ekpong... hehe.



Ni pun gambar pantai kemasik. Yana duk main atas batu ni, Mak Long suh posing sikit. Cun!




Dekat tengah laut yang ada batu tu, kawasan tu masih leh consider cetek and leh mandi manda kat situ. Best2!



Eh, Yana main baling-baling batu. Yana baling batu dalam air, Pak Long baling Mak Long dalam air. Teruk betul la spesies die orang ni. Kuat kenakan orang.



Unikkan batu pantai kat Pantai Kemasik ni? Macam-macam corak. Ni baru pantai belah sini, tak pergi pantai yang belah gua tu lagi. Pantai Kemasik jugak, tapi ada gua kat sana. Dalam gua tu, kalau air tak pasang, boleh la masuk. Dalam tu, leh nampak batu yang menyerupai seorang ibu yang sedang dukung babi, orang kena tikam and macam-macam agi. Tu orang-orang tua cerita la...


Post lepas ni, Mak Long nak post sal contest yang Mak Long nak join tau. Tapi, tak tahu lepas ke tak sebab dah expired date. Tapi, nak cuba jugak. ;P

*Baru Mak Long perasan Mak Long tersilap taip kat atas tu. " seorang ibu yang sedang dukung babi". Bukan babi, tapi baby. Nak taip bayi, tapi tersebut baby. Jadi la, babi. Adeh, sory. Khilaf.

8 comments:

Kembara Seorang Aku... said...

Gua kat pantai Kemasik tu memang cantik Mak Long...Aku selalu juga gi jalan-jalan kat pantai tu, tapi tak best sebab gi jalan sorang-sorang...
Nanti nak gi ajak Yana lah gi pulok jalan-jalan kat pantai tu.
Err...Pak Long izin kan ke tak ha..?

Aisa_Rosdi said...

KAH KAH KAH~
bahang mane babi au....
mengOm nOk mapuh la mu ni!
weh...cOmey lOte la yana...
kem slm eh...

Mak Long Cyber said...

Kembara Seorang Aku...
Idzam, kalau ajak Yana, tak perlu
mintak izin Pak Long pun. Tapi, kalau
ajak Mak Long yang kene mintak izin
Pak Long. hehe. Datang la, Idzam.
Kalau datang kontek la Mak Long k! ;)

Aisa_Rosdi
Hehe. Tersilap dowh.
Memang comey pun. InsyaAllah, aku kim
salam. ;)

Aizat said...

kesian anak ayam tu. sedey juga sebab dah mati.
pandai yana posing atas batu,, comel sgt..
setakat ni aku tak pernah sampai lagi kelantan n terengganu, n also perlis.

Azrinn said...

pantai kemasik tu kt mana..??? detail pls..huhuhu... kemaruk nak mandi laut dah ni...heheh

Mak Long Cyber said...

Aizat
Yana memang comel tapi silapnya, die
seorang yang perasan comel. Bagi dia,
dia sorang je comel. Orang lain tak
comel. huhu.

Datang la ganu, Aizat. InsyaAllah,
aku ada je kat sini leh teman ko
jalan-jalan selagi panjang umo. hihi


Azrinn
Pantai Kemasik tu dekat Terengganu. Kemasik tu duduk dalam daerah
Kemaman. Lepas Kuantan, terus masuk
Kemaman. Datang la sini, Azrinn. ;)

AZR said...

nice, nice, nice..
two thumbs up!
sedia set bbq sblum ak dtg!
wait 4 me.. :)

Mak Long Cyber said...

Owh, ada blog ek?
Mak Long seranggg...!!!