Jiran-Jiran Mak Long Cyber

Mak Long Cyber Bergeng Dengan...

BloggerMelayu.com

Blog Kita

BlogMalaysia.com

Wednesday, February 17, 2010

Jampi Serapah, Puh, Dapat Kerja...

Member Pak Long, Zenan, duk sibuk ajak Pak Long join bisnes, yang bagi Mak Long ntah pape. As Mak Long dah ada sikit-sikit experience dalam bisnes networking ni, bagi Mak Long, apa yang diperkenalkan oleh Madie tu, ada kureng sikit.

Mana tidaknya, apa yang kuar di mulut, lain. Bila Mak Long wat research sikit, lain daripada apa yang dicakap. Bila dah masuk bab cakap lain, fakta lain, Mak Long tak berapa nak gemar la. Bisnes yang dimulakan dengan ketidakjujuran, pantang larang Mak Long. Walau sehebat mana pun bisnes tu, Mak Long akan ignore 100%!


As orang yang ajak dengar talk tu, member Pak Long, Pak Long terpaksa la pergi. Pak Long cakap, bukan nak join pun. Amik hati Zenan je, pergi dengar table talk tu. Kalau dah tak berkenan, jangan pergi dengar table talk. Kalau tak, lepas kena psycho, konfem nak join!

Tapi, Pak Long degil. Last2, pergi dengar, Pak Long nak join. Macam biasa, kaki MLM ni, psycho punya psycho, Pak Long nak join. Walau Pak Long masih ragu-ragu, Madie suruh register on the spot. Mak Long dah bagi isyarat kat Pak Long, siap cekik paha dia bawah meja tu, tapi degil! Geram betul! X(

Last-last, join jugak. Satu malam, Mak Long ignore je apa yang Pak Long cakap. Degil tak bertempat. Marah la jugak. Tapi, dia janji nak buat elok-elok sampai return modal balik. Ayat tu, lagilah Mak Long tak percaya.


Dari kiri : Madie, Zenan, Wadi and Pak Long dekat Mc Donald Kerteh.

*Semalam, Pak Long cakap kat Mak Long, dia menyesal join program tu. 1 Malaysia Handphone, nama program tu. Mak Long cakap macam ni je, "Fatin mungkin muda lagi tapi dalam bisnes, Fatin lebih berpengalaman dari Abang tau. Abang ajor Fatin bab lain, bab yang Abang lebih berpengalaman, Fatin ajor Abang bab lain. Ok, bang?" Pak Long angguk je apa yang Mak Long cakap. Mak Long tak leh la nak perli dia lebih-lebih as dia dah buang ego dia mengaku yang dia nyesal join program tu. 

=============================================

Petang hari tu, Pak Long pergi tangguk udang (Orang ganu panggil tangguk. Orang KL panggil ape ntah). Banyak sangat udang Pak Long dapat. Penuh satu akuarium. Tapi, esoknya, 90% udang tu dah mampos sebab motor oksigen mati waktu tengah malam. Rupanya, ada udang yang bunuh diri dalam motor tu, tersumbat dan menyebabkan motor oksigen tu mati. Habih semua kawan-kawan dia mati gak. Tinggal la beberapa kerat lagi...

Pak Long frust gile. Termenung je dia tengok akuarium tu. Mak Cik Yah cakap, bagus la udang tu dah mati. Kalau tak, Pak Long and Senor duk mengadap akuarium tu je dari petang sampai malam! Dia orang cakap, suka tenung akuarium. Rasa tenang. Mak Long cakap kat Pak Long, "Kan best kalau Fatin ni udang yang duduk dalam akuarium tu. Mesti Abang tenung Fatin tiap-tiap hari". Pak Long sengih je. hehe.


Pak Long boleh duduk macam ni, tenung akuarium, sampai 6 jam! Akuarium ni memang gila psycho dia...




Pak Long yang snap. Nak jugak amik gambar ikan sepat dua ekor ni. Ni je khazanah yang tinggal dalam akuarium tu.




Pak Long tenung akuarium. Mak Long tenung Pak Long tenung akuarium. Herm, Mak Long layan gitar kejap. Dan lagi Pak Long gi snap!




Muka Pak Long tak leh blah kalau pegang gitar! Haha. Kalau Pak Long main gitar, memang camni la muka dia. Feel la konon. Tapi, masa ni dia tengah tune gitar Mak Long. Mak Long tak reti nak tune-tune niii...

=======================================

Tadi, baru je Mak Long balik dari Mesra Mall. Hantar resume kat Body Shop. Lepas kena interview sikit, macam payah je nak dapat. Huish, kalau tak dapat, memang frust sangat-sangat la. Mak Long ni, mengong sikit. Keadaan terdesak pun, still nak memilih kerja.

Sebenarnya, Mak Long memilih sikit majikan. Kalau tak, konfem kejap je kerja situ sebab Mak Long tak suka kerja dengan orang. Mak Long suka nak jadi boss je. hehe. Mengong, kan?



Resume cikai je tapi 10 muka surat beb!



9 comments:

hans said...

resume yg paling bagus hanya 2 muka surat tau maklong

♥cybermummy♥ said...

semoga mak long cepat dapat keje ye .
Boleh belanja akak cybermummy makan . mauahahha

Mak Long Cyber said...

Hans
Ala Hans, 2 muka surat je ke?
Ape je ada dalam tu ek?

♥cybermummy♥
Thanks for the prayer.
Nanti, Mak Long jalan2 Singapore,
CM orang pertama yang Mak Long cari.
Hehe.

Azrinn said...

hihih..ye maklong..resume yg bagus adalah ringkas dan padat..

nway..hope maklong dapat keje tu..amiin... =))

*sonok panggil maklong..trasa diri ni sgt mude...hihih

hans said...

apa2 yg penting
tapi ikut company juga
kalau dia nak panjang bagilah panjang
huhuhuh

Mak Long Cyber said...

Azrinn,
owh ye ke? hihi. It's ok.
Teruskan panggil Mak Long.
Mak Long rasa berwibawa je. :P

Hans
Owh ic. Mak Long tak pernah apply
kerja lagi. Ni first time apply.
Harap2, resume sepanjang tu,
dapat la kerja tu.
Membuktikan kesungguhan tuan punya
resume. :P

husnazainal said...

takyah panjang2 sgt maklong..simple n compact..malas boss nk bc..hehe cube search contoh2 resume dalam internet ni..byk..

Aizat said...

mak long memang teror skit bab bisnes. ape2 pon kena mintak nasihat die.
udang tu tak terus masak ke lepas tangkap..?
sampai 10 muke hehe.. banyak tu.. memang bersungguh-sungguh nie..

Mak Long Cyber said...

Udang tu kecik2 lagi.
So, Pak Long ingat nak bela dulu.
Tapi, arwah jugak...